BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jaga keselamatan diri dan keluarga



KUCHING: Tingkatkanlah keselamatan diri dan keluarga dalam mendepani norma baharu yang berlaku di seluruh dunia akibat penularan Covid-19.

Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia yang juga Ahli Parlimen P194 Petra Jaya Datuk Fadillah Haji Yusof berkata, sehubungan itu, masyarakat harus mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan dalam meraikan perayaan Hari Kaamatan dan Gawai.

"Kita tidak mahu kegembiraan menyambut perayaan bertukar menjadi tragedi.

"Marilah kita semua memberi kerjasama sepenuhnya sambil  berdoa agar kita berjaya memerangi dan membebaskan negara kita dari Covid-19 serta semoga ekonomi kita dapat dipulihkah segera demi rakyat dan negara tercinta," katanya dalam perutusan khas Bersempena sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai hari ini.

Fadillah berkata, sambutan perayaan tahun ini dalam suasana berbeza kerana masyarakat meraikannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan masih berjuang menentang penularan pandemik COVID-19.

"Bersempena sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai, saya ingin mengucapkan Kotobian Tadao Tagazo Do Kaamatan & Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyaman, Lantang Senang Nguan Menua kepada masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah dan masyarakat Dayak di Sarawak," katanya.
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »