BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Industri pelancongan perlu bangkit, Karim

KUCHING, 26 Jun: Peserta industri pelancongan negeri ini diharapkan tidak mempertikaikan bantuan insentif diberikan kerajaan Sarawak kepada mereka bagi memulihkan semula industri itu yang terjejas dari Covid-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini kerana selepas mengumumkan pelbagai insentif kepada peserta industri itu baharu-baharu ini, pihaknya menerima maklumbalas sebahagian peserta terbabit tidak gembira dengan insentif itu.

"Kami tidak boleh melihat hanya industri pelancongan sahaja yang kami mesti bantu, ada terlalu banyak lagi industri lain, sekurangnya kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk membantu,"katanya ketika menghadiri majlis makan malam Bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri dan ucapannya disiarkan di laman Facebook menteri terbabit, di sini, semalam. 

Abdul Karim berkata sehubungan itu berharap peserta industri pelancongan negeri ini sekiranya boleh untuk berusaha mengurangkan margin keuntungan mereka bagi bersama membantu memulihkan semula industri pelancongan negeri ini.

"Di tempat (pelancongan) yang harga kemasukannya terlalu tinggi, cubalah kurangkan bagi satu tempoh tertentu.Jangan selepas menerima insentif mengatakan pula ianya tidak cukup, tidak cukup,"katanya.

Selain itu, Abdul Karim juga mencadangkan perkara berkaitan pelancongan negeri ini dilihat semula antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat kerana tidak boleh sepenuhnya dibawah kerajaan pusat.

"Ini kerana apabila kami membincangkan mengenai permit pemandu pelancong, ianya dikeluarkan  kerajaan pusat dan membuatkan kesukaran kepada kami,"katanya.
 
Katanya ini kerana anak Sarawak yang mahu menjadi pemandu pelancong mesti terbang ke Kuala Lumpur dan berbelanja sekitar RM6,000 hingga RM7,000 bagi mendapatkan permit dan menjadi punca Sarawak sehingga kini ada amat sedikit pemandu pelancong.

Karim berkata ini termasuk di Miri ada kurang lima orang sahaja pemandu pelancong sedangkan banyak perancangan pelancongan di Miri termasuk menaiktaraf Gua Niah sebagai tapak warisan dunia dan mempromosikan Taman Negara Loagan Bunut.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »