BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ikan mati, terapung dan membusuk di Pulau Pinang

PULAU PINANG: Kematian ikan ternakan sangkar yang kemudian hanyut di perairan Pulau Pinang dan Perak berpunca daripada ledakan alga Cochlodinum.

Jabatan Perikanan Malaysia memberitahu, siasatan telah dilakukan pada 29 Mei oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang bersama Jabatan Perikanan Negeri Perak selepas mendapat aduan mengenai kejadian kematian ikan secara berperingkat di Kuala Kurau, Kuala Gula dan Tg. Piandang.

“Menurut FRI, siasatan awal menemui kehadiran spesies plankton atau dikenali juga sebagai ledakan alga Cochlodinum yang tinggi di perairan tersebut.”

“Ledakan alga Cochlodinum ini merupakan kejadian yang kerap berlaku di perairan pantai di seluruh dunia pada setiap tahun,” menurut jabatan itu menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai ikan laut liar yang mati serta terapung di perairan Pulau Pinang pada 26 Mei 2020 lalu, adalah merupakan ikan mati dan telah hanyut dari sangkar sehingga mencemar beberapa kawasan di perairan Pulau Pinang.

Jabatan itu mendapati, ikan mati dan terapung tersebut merupakan ikan yang telah busuk dan hanyut dari sangkar disebabkan ledakan algae bloom.

Ia menyebabkan ikan sukar bernafas dan berenang di permukaan, serta menjadi tidak stabil dan seterusnya mati.

Pihak Jabatan turut mendapati ikan mati tersebut adalah spesies ikan merah dan ikan nyok nyok tetapi tiada kes kematian dilaporkan bagi ikan laut liar.

Ikan liar tidak terkesan kerana mereka dapat melarikan diri daripada perairan yang mengalami ledakan plankton ini.

“Siasatan ini juga turut melihat statistik hasil tangkapan nelayan yang kekal tinggi dan ikan di laut masih dalam keadaan yang baik serta terkawal.”

Cochlodinium adalah spesies plankton yang toksik terhadap banyak spesies ikan dan kerang-kerangan, namun ia tidak memberi kesan kepada manusia.

Jabatan turut menasihatkan semua penternak di kawasan tersebut untuk memindahkan ikan ternakan dari kawasan yang terlibat ke kawasan yang tiada leadakan serta bersedia untuk menuai ikan jika ikan kelihatan tidak normal.

“Selain itu jangan membuang bangkai ikan ke laut kerana dikhuatiri menyumbang kepada peningkatan nutrien serta percambahan plankton tersebut dan seharusnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) pelupusan ikan seperti yang telah ditetapkan.”

Susulan dari kes di Perak ini dan kemudiannya naik ke Pulau Pinang, jabatan menjangkakan kejadian ini berkemungkinan boleh berlaku sehingga ke perairan Kedah.

Justerus, penternak di Kedah dinasihati juga untuk berjaga-jaga serta melaporkan kepada Pejabat Perikanan Negeri sekiranya ada perubahan dalam warna air laut serta perubahan kelakuan tidak normal pada ikan ternakan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »