BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ibu Pejabat pencegahan rasuah Zimbabwe tutup akibat Covid-19



HARARE, 24 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Zimbabwe (ZACC) pada Selasa menutup ibu pejabat di Harare, selepas anggota keluarga kakitangan di pejabat itu dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Xinhua, memetik jurucakap ZACC John Makamure.

Laporan sebelum ini mengatakan kakitangan pejabat itu dijangkiti COVID-19, tetapi Makamure menafikannya. 

"Bukan pekerja pejabat itu yang dijangkiti tetapi suami dan anaknya.Pekerja itu didapati negatif," katanya.

"Ibu pejabat itu boleh beroperasi semula dalam masa 48 jam selepas kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan. Semua pejabat lain beroperasi seperti biasa," tambahnya.

Susulan peningkatan kes COVID-19, Kementerian Kesihatan dan Penjagaan Kanak-Kanak meningkatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pandemik, berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Zimbabwe mencatatkan 525 kes disahkan, termasuk enam kematian dan 64 pesakit sembuh.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »