BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ibadah Qurban : Perlu pohon permit


KUCHING, 25 Jun (Bernama) -- Masjid dan surau di Sarawak yang akan menjalankan ibadah korban perlu mendapatkan permit penyembelihan ternakan daripada Pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata mengikut garis panduan yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS), masjid dan surau yang berkenaan juga perlu mewujudkan jawatankuasa pengelola dan mendaftar dengan Pejabat Agama Islam Bahagian.

“Penganjuran ibadah korban pada tahun ini perlu mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan MIS, manakala pembekal binatang untuk korban juga hendaklah memperolehi sijil kesihatan veterinar daripada Pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah individu yang dibenarkan bagi proses penyembelihan ialah seramai 10 orang; melapah (20 orang); memotong, menimbang dan membungkus (10 orang), manakala peserta dan penerima pula maksimum 20 orang.

“Mana-mana individu yang disahkan positif COVID-19 atau baru sembuh dengan notis kuarantin atau mempunyai gejala adalah dilarang hadir.

“Tapak penyembelihan mestilah sesuai, bersih dan selamat serta tidak berhampiran saliran awam (parit dan longkang) dan dibenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »