BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

IAC mercu tanda baru Sarikei

SARIKEI: Pembinaan Pusat Pentadbiran Bersepadu (IAC) Sarikei yang menelan kos sebanyak RM140 juta bakal menjadi mercu tanda baru di bahagian itu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan setinggi 12 tingkat itu akan menempatkan pejabat Residen Sarikei dan jabatan kerajaan lain.
"Projek pembinaan IAC mengambil masa 30 bulan untuk siap, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) Holdings Sdn Bhd telah dilantik menjadi kontraktor bertanggungjawab.
"Ini adalah antara projek berimpak tinggi yang akan dilaksanakan kerajaan Sarawak di kawasan ini, "katanya ketika mengadakan di sidang media selepas Majlis Simbolik Pecah Tanah bangunan berkenaan hari ini.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Hui Kian, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Ukas, Abdullah Saidol dan Ketua Pegawai Eksekutif LCDA Holding Sdn Bhd, Monaliza Zaidel.

Menjelas lanjut,katanya,apabila siap kelak beliau yakin kemudahan yang lebih baik dan canggih dapat disediakan IAC dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan kepada masyarakat.

"Secara keseluruhan sejumlah RM772 juta projek rakyat telah diluluskan untuk Bahagian Sarikei,"ujarnya.

Abang Johari berkata,projek tersebut termasuklah projek jalan raya, jambatan, bekalan air dan bekalan elektrik yang berjumlah lebih RM700 juta. 

"Kita diberi taklimat projek jalan raya, jambatan,bekalan elektrik dan bekalan air berjalan dengan baik walaupun berlaku sedikit kelewatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),"jelasnya.

Menurutnya lagu,projek-projek itu akan terus dijalankan dengan kaedah-kaedah norma baharu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang tertentu.

"Ini termasuk cara kita mengurus tenaga kerja yang mungkin datang dari luar Sarawak," tambahnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »