BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

"Holy Man" mati selepas rawat pesakit Covid-19 di India

Seorang lelaki mendakwa sebagai holy man dengan dapat menyembuhkan orang ramai terhadap pelbagai penyakit termasuk Covid-19 dengan hanya mencium tangan telah mati baru-baru ini.

Lelaki yang dikenali sebagai Aslam sebelum ini memberitahu pengikutnya di Ratlam, India bahawa ciumannya terbukti dapat menyembuhkan semua jenis penyakit.

Malangnya, rawatan 'ajaib' itu tidak berfungsi terhadap dirinya sendiri apabila Aslam didiagnos dengan Covid-19 pada 3 Jun lalu. Bahkan keesokan harinya dia juga telah maut disebabkan pandemik itu.

Sebaik saja berita kematiannya tersebar, pengikut-pengikut Aslam mula tampil ke depan dan menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Ingatkan mereka membantu orang sembuh daripada jangkitan coronavirus sebaliknya ciuman khas itu bantu penyebaran Covid-19 lagi.

Pihak berkuasa di Ratlam kemudian bertindak segera bagi membuat pengesanan kontak kepada mereka yang pernah mendapatkan rawatan daripada Aslam. Daripada 40 orang yang diperiksa, 20 orang didapati positif Covid-19.

Malah daripada 24 kes postif di Ratlam pada 9 Jun lalu, 13 mempunyai kontak rapat dengan mendiang.

"20 orang itu, termasuk 7 ahli keluarganya didapati positif," lapor Jabatah Kesihatan Ruchika Chouha kepada Times of India.

Pihak berkuasa India kebelakangan ini mendapati sekurang-kurangnya 29 orang mendakwa sebagai holy menawarkan penyembuhan sama. Mengikut OPIndia, sebahagian mereka ini akan menghembus air untuk pengikut atau pesakitnya minum.

Aslam bukan 'bomoh' pertama mendakwa ada keupayaan menghapuskan Covid-19. Beberapa bulan lalu, terdapat pastor Nigeria berikrar akan ke China bagi menghapuskan virus itu namun misi itu tidak diteruskan pula. Nasib baik.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »