BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hisap rokok isi minyak, kedai hangus kaki cedera

KOTA SAMARAHAN: Gara-gara seorang lelaki yang merokok ketika mengisi minyak petrol menyebabkan sebuah kedai runcit di kampung Empila, Jalan Meranek terbakar hari ini. 

Kebakaransekitar jam 12 tengah hari, tersebut berjaya dikawal oleh  penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan bomba ke lokasi.

Jurucakap bomba berkata, seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)  Samarahan telah dikerahkan ke lokasi susulan mendapat laporan sekitar jam 12.06 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan kusyen dan kerusi kayu di sebuah kedai runcit akibat daripada tumpahan minyak petrol.

"Kejadian mengakibatkan seorang lelaki mengalami lecuran di bahagian kaki kanan," katanya. 

Beliau berkata, mangsa pada awalnya dirawat oleh Unit EMRS Bomba sebelum dihantar ke Institut Jantung Negeri Sarawak untuk tindakan rawatan lanjut.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »