BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hanya 250 orang dibenar hadiri upacara keagamaan



KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) mengeluarkan garis panduan seramai 250 dibenarkan menghadiri upacara keagamaan.

Menurut kenyataan Unifor Jabatan Ketua Menteri, ia selaras ketetapan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang membenarkan peserta majlis anjuran kerajaan dan swasta kepada 250 orang mengikut kapasiti ruang tempat penganjuran.

"Unifor telah menetapkan garis panduan untuk kehadiran maksima penganut menghadiri upacara keagamaan dengan tidak melebihi 100 orang pada satu-satu masa," katanya.

Beliau berkata, semua rumah ibadat beroperasi mulai esok dinasihatkan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Katanya, mereka harus sentiasa berhati-hati mengikut kemampuan dan tahap kesediaan masing-masing bagi memastikan keadaan terkawal.

"Pembukaan semula semua rumah ibadat ini adalah tertakluk kepada rumah ibadat yang diwartakan di bawah Missionary Societies Ordinance 1937 (Sarawak Cap.106) atau di bawah Lembaga Amanah Khairat Bukan Islam.

"Ia juga di bawah Charitable Trust Ordinance 1994 yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," katanya.

Borang ini boleh dimuat turun di laman sesawang Unifor di http://jkm.sarawak.gov.my dan http://jkm/sarawak.gov.my/UNIFOR . 

Untuk pertanyaan lanjut, masyarakat boleh hubungi atau email pegawai seranta di Bahagian Polisi dan Pehubungan Awam UNIFOR : Simon Engka Crown ( simone@sarawak.gov.my / 082-550610 ext 126/ 014-5750990 ) dan Ambrose Linang Sidu (ambrosels@sarawak/gov.my /028-550610 ext 127 / 019-8780787.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »