BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Guru, anak maut kemalangan

LUBOK ANTU: Seorang guru wanita dan anak lelakinya maut setelah kereta dipandu terbabas lalu melanggar pokok kelapa sawit di Kilometer 8, Jalan Lubok Antu-Engkelili, Sri Aman, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9. 40 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali Nagie Ali, 39, dan anaknya Kingston Bidok Philip, 4.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata,seorang lagi anak perempuannya yang turut sama menaiki kereta Perodua Myvi itu, Queenna Laie Philip, 9, pula hanya cedera ringan.

"Ketika kejadian mangsa 
dalam perjalanan dari Lubok Antu menghala ke Engkelili dan melanggar pokok kelapa sawit di sebelah kanan jalan menghala ke Engkilili,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya,akibat kemalangan kenderaan mengalami kerosakkan di bahagian kiri kenderaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »