BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Guna kereta mewah bawa rokok seludup


KUCHING: Taktik sindiket membawa rokok  menggunakan kereta mewah gagal mengaburi pihak berkuasa.

Dalam Op Benteng Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) jam 8.20 pagi tadi,Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching berjaya merampas rokok seludup dianggarkan bernilai RM34,296.24 dan Toyota Alphard bernilai RM90,000 dengan rampasan keseluruhan bejumlah RM124,296.24.

Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, dalam operasi terbabit lima anggota Unit Rondaan Motosikal (URM) membuat pemeriksaan ke atas sebuah Toyota Alphard Putih di hadapan sebuah premis di Lorong Datuk Tawi Sli 4, Batu 3½ Jalan Penrissen, di sini.

"Setelah pemeriksaan dijalankan di dalam kenderaan pelbagai guna itu didapati pelbagai jenis kotak rokok putih dan kretek berjumlah 47,240 batang dijumpai tidak mempunyai label cukai kastam dan disyaki tidak berbayar cukai kastam. 

"Dua lelaki tempatan berumur  30-an dan 60-an telah ditangkap. Kesalahan dilakukan di bawah Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kes diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Balai Polis Kota Sentosa untuk tindakan lanjut

"Dalam satu lagi kes berasingan pada masa sama kita juga merampas rokok seludup bernilai RM 29,040 dan Isuzu D-Max bernilai RM80,000 dengan jumlah rampasan keseluruhan 
RM109,040.

"Tangkapan dilakukan di hadapan sebuah premis di Lorong Datuk Tawi Sli 4, Batu 3½ Jalan Penrissen Kuching,"katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas sebuah Isuzu berwarna hitam mendapati pelbagai jenis kotak rokok putih dan kretek dijumpai tidak mempunyai label cukai kastam dan disyaki tidak berbayar cukai kastam. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »