BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Penuntut Sarjana Sains Politik bangga jadi tukang potong rumput



KUCHING: Seorang Graduan Sarjana Muda Kajian Politik & Pemerintahan (UNIMAS), Azwan Hii, tidak malu untuk bekerja sebagai pemotong rumput.

Beliau yang juga pelajar Sarjana Sains Politik (UNIMAS) mengakui memberi perkhidmatan sebagai pemotong rumput demi untuk kelangsungan kehidupan.

Menurutnya, dia melihat potensi perniagaan tersebut pada masa akan datang terutama dalam perkhidmatan pembersihan.

"Apa sahaja aku buat, demi kelangsungan hidup. Tidak kiralah, meniaga brg, atau perkhidmatan. Baru-baru ini aku mulakan servis potong rumput, sbb aku melihat potensi dlm perkhidmatan ini. Mungkin suatu hati nanti aku akan ada pekerja sendiri utk cleaning servis di daerah ini dan sekitar. (Angan2)

"Cabaran paling besar aku bukanlah memotong rumput setinggi pinggang, ataupun berulang alik ke stall berpuluh kali sehari. Tapi adalah menyeimbangkan kerja dan study. Kadang2 telalu leka sampai SV aku whatsapp tanya progres thesis," katanya menerusi hantaran facebook.

Azwan berkata, dia melakukan pelbagai jenis kerja selepas tamat pengajian termasuk pegawai penyelidik politik, servis penghantaran dan lain-lain.

Menurutnya, orang muda tidak harus memilih pekerjaan serta harus sentiasa berjimat-cermat untuk masa depab mereka.

"Aku mula bekerja secara formal & tak formal semasa zaman degree aku. Macam2 aku buat, kereta sewa, jd . Sebelum tamat pengajian (4 tahun dahulu) aku sudah ada simpanan 5 angka (yang pasti nombor pangkalnya bukan 1) hasil ku sendiri. 

"Tamat sahaja degree, aku mulakan perniagaan #SaratokVapeShop , dan menjadi pengedar barangan vape terbesar di daerah ini. Sale 10-12K sebulan (Namun telalu banyak sekatan, aku stop).Pada masa sama aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dlm Sains Politik. 

"Kemudian aku mula kan menjual air balang, Stall Kupi Susu & Teh Ais Madu Tiga. Bermula satu cawangan, kini aku ada tiga cawangan (sekitar Saratok) dan beberapa pekerja. Sale sebulan aku tak dpt nyatakan disini," katanya.

Beliau kini memasang impian untuk menjadi konraktor berjaya serta kini dalam proses membuat lesen kontraktir.

"Bercakap soal lesen perniagaan, dlm masa 2 tahun aku telah mendaftarkan 8 lesen (ada di PBT, Pejabat Daerah,SSM, dll) atas namaku, termasuk syarikat kecil pertama ku, AZWAN HII ENTERPRISE. Aku juga telah menyewa satu kedai sbg pejabat & alamat syarikat. Lebih separuh dari lesen perniagaan aku, aktif. Separuh lagi digunakan secara berkala.

"Kini, aku sedang belajar, dan dlm proses utk membuat lesen kontraktor. Tidak kisah la walaupun sekadar lesen F atau E shj. Doakan aku. Sukar memang sukar, kita bukan anak orang kaya, semuanya kita mulakan sendiri. Tapi, InshaAllah, ini akan buat kita lebih kuat. 

"Aku share bukan nak menunjuk, cuma mungkin boleh memberi sedikit motivasi kepada anak muda terutamanya graduan. Usah memilih kerja, dan buat simpanan yg secukupnya dan sebanyak yg boleh," katanya.

Catatan asal oleh Azwan Hii

KALAU BUKAN DIRI KITA, SIAPA LAGI. AKU TIDAK PERNAH MENGANGUR SEJAK TAMAT PENGAJIAN.


Aku pernah bekerja di dalam bilik berpenghawa dingin, aku juga kerap berada di bawah panas matahari. Ini cerita aku, selepas hampir 3 tahun tamat degree. Kalau taknak baca, jgn teruskan.
.
Masih terus membaca? Ok. 
.
Aku mula bekerja secara formal & tak formal semasa zaman degree aku. Macam2 aku buat, kereta sewa, jd pegawai penyelidik politik, servis penghantaran dll. Sebelum tamat pengajian (4 tahun dahulu) aku sudah ada simpanan 5 angka (yang pasti nombor pangkalnya bukan 1) hasil ku sendiri. 
.
Tamat sahaja degree, aku mulakan perniagaan #SaratokVapeShop , dan menjadi pengedar barangan vape terbesar di daerah ini. Sale 10-12K sebulan (Namun telalu banyak sekatan, aku stop).Pada masa sama aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dlm Sains Politik. 
.
Kemudian aku mula kan menjual air balang, Stall Kupi Susu & Teh Ais Madu Tiga. Bermula satu cawangan, kini aku ada tiga cawangan (sekitar Saratok) dan beberapa pekerja. Sale sebulan aku tak dpt nyatakan disini. 
.
Apa sahaja aku buat, demi kelangsungan hidup. Tidak kiralah, meniaga brg, atau perkhidmatan. Baru-baru ini aku mulakan servis potong rumput, sbb aku melihat potensi dlm perkhidmatan ini. Mungkin suatu hati nanti aku akan ada pekerja sendiri utk cleaning servis di daerah ini dan sekitar. (Angan2)
.
Oh ya, Bercakap soal lesen perniagaan, dlm masa 2 tahun aku telah mendaftarkan 8 lesen (ada di PBT, Pejabat Daerah,SSM, dll) atas namaku, termasuk syarikat kecil pertama ku, AZWAN HII ENTERPRISE. Aku juga telah menyewa satu kedai sbg pejabat & alamat syarikat. Lebih separuh dari lesen perniagaan aku, aktif. Separuh lagi digunakan secara berkala.
.
Kini, aku sedang belajar, dan dlm proses utk membuat lesen kontraktor. Tidak kisah la walaupun sekadar lesen F atau E shj. Doakan aku. Sukar memang sukar, kita bukan anak orang kaya, semuanya kita mulakan sendiri. Tapi, InshaAllah, ini akan buat kita lebih kuat. 
.
Cabaran paling besar aku bukanlah memotong rumput setinggi pinggang, ataupun berulang alik ke stall berpuluh kali sehari. Tapi adalah menyeimbangkan kerja dan study. Kadang2 telalu leka sampai SV aku whatsapp tanya progres thesis. 😂
.
Aku share bukan nak menunjuk, cuma mungkin boleh memberi sedikit motivasi kepada anak muda terutamanya graduan. Usah memilih kerja, dan buat simpanan yg secukupnya dan sebanyak yg boleh. 
.
Setinggi mana kejayaan, bermula dengan sekecil angan-angan.

KALAU BUKAN DIRI KITA, SIAPA LAGI.

Sekian. 

Azwan Hii,
-Graduan Sarjana Muda Kajian Politik & Pemerintahan (UNIMAS)
-Pelajar Sarjana Sains Politik (UNIMAS)
-Peniaga kecil, Penebas rumput, Pembuat air dll.

Posting asal di Sini

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »