BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

GPS umpama wanita cantik, takkan la calon menantu bekas banduan....

GELARAN wanita cantik yang menjadi rebutan. Demikian perumpamaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Ini kerana kekuatan GPS sekarang mempunyai 18 kerusi Parlimen yang menjadi buruan pihak lawan untuk menawan Putrajaya.

Sebelum ini, GPS sebagai kingmaker namun telah memilih Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Gabungan Parti Sarawak merupakan bekas parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP). GPS dibentuk pada 12 Jun 2018.

Persoalan sekarang, adakah wujudnya pihak yang cuba melamar Ahli Parlimen sekarang? Ini kerana Pakatan Harapan Plus yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang cuba merampas semula Putrajaya.

Walaupun tiada pokok bergoyang, namun pemimpin GPS sentiasa berwaspada perkara ini.

"Tetapi terserah kepada orang tua apakah mereka ingin atau tidak mengizinkannya bertunang dengan pelamar atau apakah bakal menantu adalah orang yang baik atau tidak.

"Sekiranya calon menantu adalah orang yang mengerikan, siapa yang mahu menerimanya?" jelas Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Perlu diingat dua pemimpin utama parti komponen terbesar PH merupakan bekas banduan. Seorang sudah mendapat pengampunan, manakala seorang lagi sedang berhadapan dengan laporan salahguna kuasa untuk melepaskan seorang taikun daripada pembekuan aset. 

Apapun Abang Johari yakin semua Ahli Parlimen tetap teguh di bawah pentadbiran Perikatan Nasional yang ada sekarang.

Beliau memberi jaminan keutamaan GPS adalah untuk kepentingan Sarawak iaitu Sarawak First serta berdiri teguh di bawah Perikatan Nasional di bawah Datuk Muhyiddin Yassin.

"Walaupun kami bersama Perikatan Nasional (PN) sekarang, GPS adalah entiti politik yang terpisah yang akan mengejar kepentingan Sarawak," kata Abang Johari.

Apa yang pasti bagi Abang Johari, dia cukup berbangga Ahli Parlimen negeri terlibat sama dalam kepimpinan tertinggi peringkat persekutusan sekali gus mempengaruhi kepentingan negeri ini.

Ketika PH asyik cuba untuk menyakinkan bakal merampas kembali Kerajaan Persekutuan, GPS bersiap sedia untuk pilihan Pilihan Raya Negeri yang diadakan pada bila-bila msaa.

Abang Johari telah mengarahkan Ahli Parlimen bersiap sedia serta turun padang untuk pilihan raya yang berkemungkinan diadakan tahun ini.

"Saya tidak tahu bila pilihan raya umum, tetapi pastinya semua orang harus bersiap sedia untuk pilihan raya ini dan ini sangat bergantung pada keadaan kerana kita masih dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya harus mencari cara bagaimana pemilihan dapat diadakan dalam situasi ini," katanya.

Beliau menambah, penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak pada masa ini akan berakhir pada Mei tahun depan.

Sesungguhnya bahang PRN semakin dekat namun ia bergantung bila berakhirnya pandemik COVID-19. Jika penularan sehingga November, PRN sah diadakan tahun depan. - GAGO DAILY

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »