BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

GPS raikan demokrasi


KUCHING, 27 Jun: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan lebih awal dan banyak parti politik meletakkan calon bertanding di kawasan itu.

Menteri Kanan Kerja Raya dan Naib Yang Dipertua Kanan (PBB), Dato Sri Fadillah Yusof berkata demikian mengulas kemungkinan sebanyak enam parti politik berminat bertanding di Parlimen Petra Jaya yang dikuasai PBB sekiranya diadakan pilihanraya itu.

"Demokrasi, kita terima sahaja (cabaran) siapa sahaja yang hendak bertanding (di Parlimen Petra Jaya)," katanya selepas melawat mangsa rumah terbakar di Kampung Semerah Padi, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga berkata yang penting ketika pilihan raya terbabit adalah siapa akan dipilih rakyat Petra Jaya dan pihaknya di peringkat GPS berkhidmat kepada mereka selama ini bukan disebabkan menjelangnya pilihan raya.

"Itu (khidmat kepada rakyat) adalah ikrar dan komitment kita kepada rakyat, sebab itulah usaha kita untuk memberi terbaik kepada rakyat dan negeri kita,"katanya.


Sementara itu, mengenai ada parti pembangkang memainkan isu GPS tidak membawa sebarang perubahan kepada negeri ini menjelang pilihan raya negeri, Fadillah berkata rakyat boleh menilai apa yang GPS telah laksanakan bagi membawa perubahan kepada negeri ini.

"Tetapi kalau kita lihat dari segi infrastruktur kemudahan asas, sedikit demi sedikit kita dapat melihat perubahan di Sarawak, tapi kalau tiada perubahan juga itu samada tidak melihat dengan mata ataupun tiada hati,"katanya.

Beliau berkata antara paling ketara ialah jalan raya dengan dahulu ada kawasan hanya ada jalan kecil atau jalan tanah tetapi kini ada jalan besar dan berturap malahan peratusan kawasan tiada bekalan air dan elektrik juga berkurangan.

Fadillah berkata perubahan ini tidak dapat dibawa dengan sekelip mata kerana Sarawak adalah negeri yang besar dan negeri ini mempunyai peruntukan kewangan yang terhad.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »