BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Gadis cari ayahnya, Piee Bin Mat

SARATOK: Perancangan untuk melangsungkan perkahwinan ditangguhkan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Betong berikutan ketiadaan wali. 

Ini memaksa seorang gadis memohon bantuan orang ramai mencari bapa kandungnya bagi urusan pernikahan.

Nurulaisyah Emilia Pi'ee, 21, berasal dari Saratok merancang untuk melangsung perkahwinan terpaksa ditunda sehingga beliau berjaya mencari bapa kandungnya.

Bapanya, Pi'ee Mat, 54, yang menghilang sejak 16 tahun lalu ketika anaknya masih di kelas Tabika lagi.

"Kali terakhir kami mengesan lokasi bapa saya berada di Mukah, Sarawak namun selepas itu terus tiada berita diterima," katanya merayu kepada sesiapa saja yang mengenali bapanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sedang merancang untuk melangsungkan pernikahannya dalam masa terdekat.

Bakal suaminya juga berasal dari Saratok yang kini bekerja di Semenanjung.

Sebarang maklumat sila hubungi beliau sendiri ditalian 0128983412 atau Amiruddin (0173915304).



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »