BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat taman rekreasi dibuka untuk berjoging

KUCHING: Sarawak Forestry Corportion (SFC) membuka semula Taman Perlindungan Semulajadi kepada orang ramai untuk aktiviti riadah seperti berjoging bermula Isnin ini.

Ia susulan kebenaran diberikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri selepas tiga bukan ditutup akibat penularan COVID-19.

Antara taman perlindungan tersebut ialah Taman Perlindungan Sama Jaya (Kuching), Taman Perlindungan Bukit Lima (Sibu), Taman Perlindungan Piasau (Miri) dan Taman Perlindungan Bukit Sembiling (Limbang).

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton berkata Taman Perlindungan Semulajadi  ini dibuka untuk pengunjung melakukan latihan fizikal seperti berjalan kaki dan berjoging dan menikmati alam semula jadi.

Beliau berkata, masyarakat perlu mematuhi SOP yang telah dilaksanakan oleh SFC. 

Apabila memasuki taman, orang ramai mesti mengikuti garis panduan dan arahan di tetapkan.

Waktu buka untuk warga emas adalah dari jam 7 pagi hingga 10 pagi dan orang dewasa dari jam 2 petang hingga 6 petang.

Antara jam 10 pagi hingga 2 petang rizab ditutup. 

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

"SFC mempunyai laluan untuk berjoging dan berjalan kaki secara berasingan. Sementara itu, kemudahan lain, seperti kafe dan kedai taman, akan tetap ditutup,” tambahnya.

Orang ramai boleh menghubungi pejabat Taman Alam Semulajadi masing-masing di Sama Jaya  (082-365194, 01125181901), Bukit Lima (082-228108, 0194685402), Piasau (085 - 644487, 0168898590), atau Bukit Sembiling (085 - 215121, 0138121930).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »