BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat kediaman sementara di rumah panjang Uma Aging Baru terbakar

BELAGA: Empat rumah kediaman sementara di rumah panjang Uma Aging Baru, di sini, terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10 pagi tadi.

"Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Belaga digerakkan ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi, kebakaran hanya melibatkan sederet rumah kayu yang dibuat sementara untuk membina rumah panjang,"katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan PBS Belaga bersama penduduk kampung memadam bara-bara api yang masih menyala bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan bangunan berdekatan. 

"Operasi pemadaman telah ditamatkan jam 12:00 tengah hari,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »