BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dzulkafli dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen

 

KOTA SAMARAHAN: Mejar Jeneral Dato’ Dzulkafli Mustaffa dilantik sebagai Panglima 1 Divisyen Ke-28 menggantikan Mejar Jeneral Dato’ Md Din Abu yang akan bersara.

Majlis Serah Terima Tugas Panglima 1 Divisyen telah diadakan di Dewan Serbaguna Kem Muara Tuang disaksikan oleh Pemangku Panglima Medan Timur Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan hari ini.
Dzulkafli dilahirkan pada 23 Februari
1963 di Kubang Pasu, Kedah, memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1981, dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 22 Mei 1982. 

Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD) merupakan unit pertama perkhidmatan beliau. 

Di sepanjang hampir 38 tahun usia
perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) selain banyak menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan luar negara.

Md Din yang merupakan Panglima 1 Divisyen ke-27 bermula 19 Mac 2019 yang lalu akan menjalani latihan peralihan sebelum bersara wajib pada Disember 2020. 

Beliau yang dilahirkan pada 28 Disember 1960 di Alor Gajah, Melaka memulakan karier ketenteraan pada tahun 1980 dengan menjalani latihan Pegawai Kadet sebelum ditauliahkan ke Batalion Kelima Rejimen Renjer Diraja (5 RRD) pada tanggal 17 Jun 1982. 

Pelbagai jawatan penting telah beliau sandang di sepanjang 40 tahun
perkhidmatan beliau. 

Memimpin ketumbukan 1 Divisyen tatkala Malaysia menghadapi wabak Pandemik Covid-19 terutama dalam pelaksanaan Op Penawar di negeri Sarawak yang kini sudah sampai ke peringkat Pemulihan selain bersama-sama pelbagai agensi dalam mengekang kemasukan PATI ke negeri Sarawak antara ketokohan dan sumbangan besar beliau selaku Panglima 1 Divisyen.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »