BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Duit Saddiq hilang : Pemimpin Armada ditahan SPRM


KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Seorang pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berhubung kehilangan wang bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Penahanan berkenaan disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Beliau berkata suspek ditahan petang semalam selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM berhubung kes berkenaan.

“SPRM menolak sekeras-kerasnya tangkapan terhadap suspek disebabkan motif politik dan dalam kes ini, SPRM mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun Armada.

“Oleh itu, siasatan diteruskan menerusi tangkapan ke atas suspek manakala suspek direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Ahad ini (7 Jun 2020),” katanya kepada Bernama, hari ini.

Ahmad Khusairi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 117, Kanun Acara Jenayah.

“Saya menggesa masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan mempolitikkan tangkapan ini dan ia bertujuan untuk menjalankan siasatan ke atas kes yang sedang SPRM laksanakan,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman Syed Saddiq, susulan itu SPRM membuka kertas siasatan menyiasat kes itu pada Mac lepas. 

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »