BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua warga asing positif larikan diri


KUCHING: Dua warga Indonesia yang didapati positif Covid-19 melarikan diri dan gagal dikesan.

Warga Indonesia tersebut telah membuat ujian COVID-19 sebagai saringan bagi permohonan permit kerja mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, semasa pengesanan kontak dan siasatan untuk mencari punca jangkitan sedang dijalankan, kedua-dua mereka telah melarikan diri dan belum dijumpai.

"Kepada pihak majikan supaya berwaspada dan membuat laporan kepada 
pihak Polis sekiranya mendapati dua orang pekerja (dari luar) cuba
menyembunyikan diri di tempat mereka," katanya.

Beliau berkata, selepas beberapa kes positif COVID-19 dikesan dikalangan pekerja asing 
beberapa hari yang lepas, semua majikan diarahkan 
membuat saringan kepada semua pekerja-pekerja mereka, khususnya 
pekerja asing.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata tindakan mengesan mereka telah pun bermula malam tadi di beberapa tempat termasuk rumah-rumah kongsi beberapa projek di sekitar Kuching tetapi gagal ditemui. 

Usaha mengesan masih diteruskan hari ini dan setakat ini, mereka masih belum dijumpai.

Lelaki dan wanita terbabit telah membuat saringan Covid-19 pada 16 Jun lalu sebagai syarat mereka bekerja di tapak pembinaan.

"Keputusan ujian yang keluar pada 17 Jun telah mendapati mereka positif dan pada hari sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) segera mengesan mereka di tempat tinggal tetapi telah tiada," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »