BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua terbunuh kereta bertembung lori

Dua maut tersepit

SIBU: Dua maut tersepit dalam kejadian kemalangan di Jalan Stabau-Durin malam tadi.

Pemandu hanya dikenali sebagai Yong dan penumpang, Mok Hock Ming berusia 49 tahun meninggal dunia di tempat kejadian. 

Dalam kejadian 9.05 malam tersebut, kereta jenis Honda Civic dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kayu milik sebuah syarikat. 

Komander Operasi PBK II Norhasrita Binti Abdul Manan berkata, BBP Sibu menerima laporan kecemasan kemalangan jalan raya dari pemanggil melalui talian terus ke balai dan menggerakkan Jentera FRT & EMRS BBP Sibu ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan terdahulu seorang mangsa yang dalam keadaan parah pada bahagian penumpang hadapan. 

"Mangsa yang parah telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. 
"Setelah itu, pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit pada bahagian pemandu (meninggal sejurus kemalangan dan disahkan oleh pasukan perubatan) dengan memotong pada pintu hadapan pemandu dengan peralatan khas.

"Setelah berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa, pihak bomba seterusnya menyerahkan mangsa berkenaan serta barang-barang mangsa seperti beg, telefon bimbit & wang tunai milik mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya ," katanya dalam kenyataan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »