BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua penjaga kedai serbaneka, kedai makan ditahan


BAU: Ingkar. Dua penjaga permis perniagaan dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada hari ini.

Dua permis yang diperiksa masing-masing kedai serbaneka dan kedai makan didapati melakukan Kesalahan Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 10) Peraturan 2020.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, pasukan pemantauan bersama team task force terdiri daripada anggota polis, ATM, APM dan RELA melakukan pemantauan dan pemeriksaan ke atas premis serbaneka di  SPLD Centre kira-kira jam 3.45 petang.

Menurutnya, seorang penjaga premis kedai serbaneka mengingkari serta tidak patuh kepada Prosedur Operasi Standard iaitu penjarakan yang ditetapkan serta tiada buku catatan suhu, nama pelanggan keluar masuk premis, tiada alat pengesan suhu serta tidak dibekalkan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan pelanggan. 

"Tiada sebarang pergelutan dan kecederaan berlaku semasa pemeriksaan dibuat," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan kedua melibatkan kedai makan di Rave Kopitiam, Siniawan Centre tidak mematuhi penjarakan sosial dan tiada buku catitan keluar masuk

"Suspek merupakan penjaga premis kedai makan itu, kerana mengingkari serta tidak patuh kepada (SOP) Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan," katanya.

Kedua-dua suspek dibawa ke balai polis Bau serta bersetuju menerima tawaran kompaun RM1,000.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »