BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua pemandu mabuk ditangkap

KUCHING:Mengaku meminum chap langkau (arak tempatan),dua lelaki ditangkap kerana  memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan.

Kedua-dua mereka ditahan dalam Op Mabuk polis trafik Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah(BSPTD),Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak di Jalan Batu Kawa (MJC) mulai jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,dalam operasi selama dua jam itu pihaknya menahan seramai lima orang pemandu yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. 

"Daripada jumlah itu seramai dua orang pemandu telah dibawa ke Balai Polis Batu Kawa untuk  menjalani ujian pernafasan.

"Ujian pernafasan yang dijalankan didapati kedua-dua pandu tersebut memandu dibawah pengaruh alkohol melebihi had yang ditetapkan(80mg/100ml darah),"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kedua-dua suspek memiliki bacaan 92mg/100ml dan seorang lagi 285mg/100ml.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »