BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua orang "Superman" bawah umur ditangkap


KUCHING: Berlumba sambil melakukan aksi ala Superman, dua remaja lelaki ditangkap dalam Op Samseng Jalanan (Mat Rempit) sepasukan polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak 
di Batu 18 Jalan Kuching-Serian, di sini, jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,ketika ditahan kedua-dua suspek 
berusia 14 tahun yang masih bersekolah itu ditahan ketika sedang berlumba dan bersaing sesama sendiri.

"Mereka menunggang dengan cara merbahaya, melakukan aksi ala Superman dengan meniarapkan dada di atas tempat duduk motosikal dengan kedua-dua kaki dilunjur lurus ke belakang motosikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,mereka telah berjaya ditahan dan ditangkap pasukan operasi.

"Kedua-dua suspek telah dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut,"ujarnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »