BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua maut, kereta terjun sungai

SARATOK: Dua maut setelah kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan kendiri lalu terjunam ke dalam sungai di jalan Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Mudong,di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali Endawi ak Entili, 48, merupakan pemandu, beralamat di rumah Kadam, Mudong Tengah, Roban, akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan tengkok.

Penumpang, Nyegang ak Barinau, 68, beralamat di rumah Nyegang, Mudong Ili, Roban, maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu, kereta Perodua Kancil yang dipandu
dalam perjalanan dari rumah panjang Mudong Tengah menghala ke Mudong Ili.

"Kereta yang dipandu mangsa telah salah masuk simpang jalan sungai tempat penduduk mandi lalu terjunam ke dalam sungai dan terbalik. 

"Kedua-dua mangsa maut dipercayai lemas,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke rumah mayat hospital Saratok untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen
41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »