BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua lelaki cedera kemalangan di Jalan Pantu

SRI AMAN: Dua lelaki berusia 36 dan 48 tahun cedera setelah kereta dipandu kemalangan kendiri terbalik di dalam parit di Jalan Pantu,di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.33 malam.
"Seorang mangsa terperangkap dalam kereta manakala seorang lagi berjaya keluar sendiri," katanya di sini hari ini.
Katanya, kedua-dua mangsa dibawa pihak ambulans dan ke klinik Pantu untuk rawatan lanjut.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »