BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Diserbu ketika sedang khayal layan Syabu



KUCHING: Lima lelaki diserbu ketika sedang khayal melayan dadah jenis syabu di tingkat satu sebuah rumah kedai, Pekan Batu 10 Jalan Kuching/Serian, di sini malam tadi.

Serbuan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD)  Padawan sekitar jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil  Bolhassan berkata, suspek yang ditangkap lelaki tempatan berusia 29 hingga 47 tahun.

"Ketika serbuan kita merampas satu beg kecil berwarna coklat,satu peket plastik lutsinar sederhana besar di dalamnya mengandungi satu peket plastik lutsinar kecil bersama empat tiub straw kecil kesemuanya berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu.

"Berat kasar dadah terbabit ialah 5.20 gram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua suspek mengaku mula terlibat dengan aktiviti dadah sejak tahun 2018.

"Mereka hanya menghisap dadah dan tidak menjualnya,kali terakhir suspek menghisap dadah ialah pada hari ditangkap,"ujarnya.

Katanya, semua suspek ditahan dilokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut, ujian air kencing yang dilakukan kesemua mereka positif Amphetamine dan Methapetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen15 (1)(a) ADB 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »