BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dipukul samseng selepas pulang cari paku

MIRI: Lima lelaki berlagak samseng memukul lelaki dicekup di Kampung Sealine Lutong malam tadi.

Suspek memukul lelaki kerana mendakwa mangsa bersubahat kes curi motosikal.

Kejadian dilaporkan berlaku semasa mangsa bersama seorang lagi rakannya baharu pulang mencari sayur pucuk paku di Kuala Baram pada 17 Jun sebelum motosikal yang dinaiki mereka ditahan suspek. 

Semua suspek berjaya diberkas sekitar jam 6.30 petang dan 8 malam di lokasi berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, lima suspek tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Miri serta direman hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

"Suspek memukul mangsa menggunakan kayu serta mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Miri," katanya dalam kenyataan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »