BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM19,000 miliki tengkorak beruang, tanduk rusa

SIBU: Gara-gara memiliki bahagian spesies terlindung dua lelaki dikenaan hukuman denda RM19,000 oleh Mahkamah Sesyen Sibu semalam.

Tertuduh Uweng Ding, 51 dan Robin Njuk, 40 didapati memiliki bulu burung ruai, tengkorak beruang dan tanduk rusa.

Tertuduh pertama Uweng didakwa memiliki 47 keping bulu burung ruai dan dijatuhi hukuman denda RM6,000 atau enam bulan penjara.

Manakala, Robin menghadapi tiga pertuduhan iaitu memiliki 22 keping bulu burung ruai, satu kepala beruang serta tujuh tanduk rusa Sambar dan tiga tanduk kijang, dijatuhi hukuman denda RM13,000 atau penjara 17 bulan.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam operasi oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 5 Oktober, 2019, di Pasar Teresang Kapit.

Hakim Mahkamah Sesyen Stella Augustine Druce menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah 

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairul Kabir Abdul Kadir dan Hisyamudin Roslan.

Burung ruai diklasifikasikan sebagai spesis terlindung sementara tengkorak beruang dan tanduk rusa merupakan spesis terlindung di bawah Seksyen 37, Ordinan Pelindungan Hidupan Liar 1998.

Mereka yang memburu, menjual, mengimport, mengeksport atau memiliki haiwan terlindung atau bahagian haiwan ini boleh dipenjara sehingga dua tahun dan denda RM25,000.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »