BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Debak banjir lagi...

DEBAK: Sebanyak 650 buah rumah sekali lagi terjejas akibat air mendadak naik di Kampung Melayu Debak dekat sini.

Hujan yang turun berterusan sejak beberapa hari menyebabkan banjir yang meresahkan penduduk Debak.

Pihak agensi Penyelamat telah turun kelokasi untuk membantu penduduk terjejas memindahkan barangan mereka.

Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong menerima laporan berhubung banjir dan segera ke lokasi.

Pegawai Operasi BBP Betong, PBK1 Henry Jugah memberitahu peningkatan paras air sungai menyebabkan kawasan rumah penduduk yang rendah dinaiki air.

"Sampai di lokasi mendapati kawasan rumah di tanah rendah telah dinaiki air di antara dua kaki manakala jalan raya sudah mula dinaiki air setinggi setengah kaki.

Enam Kampung Melayu di Debak yang terjejas iaitu Kampung Bungey Hulu, Kampung Bungey Hilir, Kampung Babu Hulu, Kampung Babu Hilir, Kampung Lalang Hilir dan Kampung Lalang Hulu Debak.

Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai meresahkan lagi penduduk dikhuatiri air berterusan naik. 

Sehingga berita ditulis belum ada lagi pusat pemindahan sementara dibuka.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »