BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dapur restoran The Banquet terbakar


KUCHING:Bahagian dapur restoran The Banquet, Jalan Datuk Tawi Sli, Batu Tiga, di sini, terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.53 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian. 
"Kebakaran melibat bangunan restoran yang berkeluasan keseluruhan 35 x 45 meter persegi. 

"Bahagian yang terbakar adalah bahagian dapur bangunan telah terbakar 100 peratus," katanya di sini hari ini. 
Katanya,anggaran keluasan bahagian yang terbakar adalah 50 peratus dari keluasan keseluruhan bangunan tersebut. 

"Kebakaran tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan, operasi tamat jam 10 pagi," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »