BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

DAP Sarawak minta masa UTC ditambah

KUCHING, 15 Jun: Parti Tindakan Demokratik (DAP)  Parlimen Bandar Kuching berharap kerajaan memanjangkan lagi waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di pusat bandar raya ini  sehingga melebihi jam 5 petang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii Lee Wuen berkata demikian berikutan perkhidmatan pusat terbabit mula beroperasi semula hari ini dan beliau menyambut baik keputusan itu kerana memberi lebih banyak pilihan dan tempat bagi orang ramai berurusan dengan jabatan dan agensi kerajaan pusat serta memendekkan barisan orang ramai di tempat lain.

"Saya berharap mereka akan tetap menimbangkan untuk melanjutkan operasi urusan melebihi jam 5 petang ketika ini terutama untuk melayani (orang ramai) selepas waktu bekerja,"katanya dalam kenyataannta di media sosial selepas mengadakan lawatan ke UTC terbabit, di sini, hari ini.

Kelvin berkata perlanjutan waktu operasi UTC itu juga akan dapat menghilangkan 
 dan melepaskan tungakkan ketika ini akibat dari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (MCO).

"Kami juga akan terus memantau dan bekerjasama  bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan kepada orang awam bertambah baik dan lebih penting semua orang selamat dan dilindungi dengan baik,"katanya.

Sementara itu, ketika lawatannya pagi tadi ke UTC di pusat bandar raya ini, Kelvin berkata UTC terbabit telah mengunakan satu sistem bagi mengawal kemasukan orang ramai yang mengunakan sistem bernombor dimana hanya sejumlah tertentu sahaja orang ramai akan dibenarkan memasuki premis terbabit pada waktu tertentu.

"Kami mempunyai sebahagian kebimbangan selepas pemerhatian awal, jadi kami memberikan sebahagian maklumbalas dan cadangan  bagaimana menambahbaik aliran (orang ramai) terutama memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan langkah berjaga-jaga telah dipatuhi dengan sempurna,"katanya.

Kelvin berkata pihak UTC terbabit telah memberikan maklumbalas positif dan disebabkan baharu beroperasi semula hari ini,  mereka akan memantau keadaan di pusat itu serta menyesuaikannya bagi menambahbaik perkhidmatan mereka pada hari seterusnya.




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »