BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dadah, tiga pemuda berdepan tali gantung

KUCHING: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJND),Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan memberkas tiga
penganggur kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 55.50 gram dianggarkan berharga RM 3,500.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata,ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 18 hingga 23 tahun itu diberkas di dalam bilik tidur kedua, di rumah Rancangan Perumahan Rakyat(RPR) Taman Sri Cahaya, Batu Kawa Tondong, di sini, jam 5.30 petang semalam.

Menurutnya,ketika serbuan dilakukan ketiga-tiga suspek sedang duduk bersila di lantai sebelum pemeriksaan dilakukan anggota serbuan terhad semua suspek dan bilik terbabit.

"Hasil pemeriksaan pasukan serbuan
merampas satu kotak besi warna biru tempat ketiga-tiga suspek sedang duduk bersila. 

"Pemeriksaan teliti ke atas kotak terbabit telah menjumpai empat paket plastik lutsinar sederhana besar dan 11 paket plastik bewarna biru berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu seberat 55.50 gram di dalam kotak besi itu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,ketiga-tiga suspek telah ditangkap dan diberitahu kesalahan kerana memiliki dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952. 

"Tangkapan dan rampasan di bawa ke pejabat BSJND Padawan untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan air kencing yang dijalankan ketiga-tiga suspek juga positif 
Methamphetamine dan Amphetamine,"katanya.

Beliau berkata, salah seorang suspek mengaku mengambil bekalan dadah daripada seorang yang tidak dikenali secara bank in.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »