BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cubaan bawa masuk PATI gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki tempatan membawa masuk 13 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia ke Sarawak dipatahkan pihak polis melalui sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan di sempadan negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, kesemua mereka ditangkap melalui SJR berasingan yang dilakukan di sempadan Sarawak-Kalimantan.
"Ketiga-tiga suspek cuba membawa masuk kesemua PATI terbabit menggunakan kenderaan persendirian untuk mengaburi pihak berkuasa,"katanya ketika mengadakan sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan upacara serah terima tugas antara Asisten Superintendan, Rafhan Kepli yang memangku jawatan Ketua Polis Daerah Kota Samarahan kepada Deputi Superintendan Sudirman Kram sebagai Ketua Polis Daerah yang baru,
Jawatan itu sebelum ini disandang Superintendan Lee Chong Chern yang kini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan.

Katanya,SJR yang dilakukan bersama pihak polis dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak berkuasa lain di fokuskan di Lundu, Bau dan Serian.

"Kawasan ini merupakan laluan utama PATI ke Sarawak kerana terdapat banyak laluan tikus.

"Dengan adanya SJR ini kita dapat mengelak PATI masuk ke Sarawak sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam usaha mengekang penularan COVID-19,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »