BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cuba rasuah polis RM58,700

KOTA SAMARAHAN, 12 Jun (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memberi rasuah wang tunai RM58,700 kepada seorang pegawai polis, pada Mac tahun lalu.

Sikah Gelai, 57, dituduh memberi suapan itu kepada ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff, sebagai dorongan untuk melepaskan dirinya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki barang tak berkastam, di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.

Mengikut pertuduhan, Sikah didakwa melakukan kesalahan itu di kediamannya di Kampung Triboh, Serian pada pukul 1 tengah hari, 30 Mac 2019.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 1 Julai 2020 untuk pengurusan kes, serta 23 Julai 2020 untuk sebutan semula kes berkenaan.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »