BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cuba rasuah PGA RM500


SERIAN: Seorang pemilik premis ditangkap kerana cuba merasuah pihak Batalion 11 Pasukan Gerakan Am(PGA) Kuching sebanyak RM500 atas kesalahan melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) ketika pemeriksaan ke atas sebuah premis di Kampung Entubuh Tebedu,di sini,semalam.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mancha Ata berkata,bertindak atas maklumat risikan,pada jam 11 pagi pihaknya membuat premis berkenaan yang disyaki dijadikan tempat transit keluar dan masuk warga Indonesia melalui jalan tidak sah.

Menurutnya,hasil pemeriksaan dan kenyataan pemilik premis lelaki tempatan itu, pasukan serbuan menjumpai barang-barang milik warga Indonesia yang diletakkan di bawah jagaannya.

"Dia(pemilik premis) menawarkan wang suapan kepada ketua serbuan agar tidak dikenakan sebarang tindakan,tangkapan telah dibuat di bawah Seksyen 17 (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) 2020,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kes diserahkan kepada pihak SPRM Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan,atau penjara tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.

 "Operasi Op Benteng COVID ini dijalankan untuk mengesan tempat-tempat yang disyaki menjadi transit oleh tekong-tekong darat bagi tujuan penyeludupan PATI di kawasan sempadan,"katanya.

Beliau berkata,terdahulu pemeriksaan rambang yang dijalankan ke atas 13 buah rumah di sekitar daerah Sematan,Lundu dan Serian,seramai enam orang telah diperiksan dan mendapati tiada sebarang kesalahan yang menyalagi undang-undang.


"Kita akan terus menjalankan operasi ini secara agresif bagi mengesan tekong-tekong atau mereka yang bersubahat dan terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan PATI di sempadan Sarawak-Kalimantan.

"Tindakan yang agresif juga akan diambil dalam usaha untuk membanteras sebarang bentuk jenayah rentas sempadan dan menyekat kemasukan PATI bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »