BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Sapok Biki hanya rai Gawai bersama keluarga terdekat


KOTA SAMARAHAN: Kebimbangan penularan penularan wabak COVID-19 pada masa ini,bekas petinju negara yang kini menjadi jurulatih skuad tinju Sarawak, Sapok Biki, 46,hanya meraikan Gawai bersama ahli keluarga terdekat di Taman Unigarden, di sini.

"Biasanya setiap tahun saya bersama 
 isteri dan dua anaknya akan balik ke kampung halaman di Kampung Isu, Simunjan, untuk meraikan Gawai bersama keluarga tercinta.

"Tahun ini saya hanya meraikan bersama bersama adik-beradik dan saudara terdekat  yang tinggal bersama di taman perumahan ini,"katanya.

Katanya, ini adalah rasa tangungjawab dan sayang kepada keluarga di kampung kerana khuatir penularan wabak COVID-19 boleh berlaku.

 "Kebiasaan jika balik ke kampung halaman saya akan beraya rumah ke rumah saudara-mara.

"Apa yang cukup istimewa setiap tahun Gawai ialah dapat menikmati lemang, ayam pansuh dan kuih penganan tatak (kuih jala),"ujarnya.

Pemenang pingat emas acara light flyweight di Sukan Komanwel 1998 iti berkata, penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut merencatkan persiapan 13 petinju muda Sarawak untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) yang ditangguhkan ke tahun hadapan.

"Semua petinju kini meneruskan latihan sendiri di rumah dengan cara latihan sendiri.Fokus latihan menjurus kepada bentuk latihan pemulihan dan meningkatkan kekuatan fizikal serta pengekalan tahap kecerdasan memandangkan latihan berat seperti latihan sparing tidak dapat dilakukan.

"Mereka mengikuti jadual yang dimuat naik ke dalam kumpulan mereka, yang kemudian diminta menghantar balik video latihan mereka lakukan. Latihan ini dilakukan dua kali sehari selama kira-kira satu jam setengah bagi setiap sesi," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »