BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Malaysia rekod 16 kes baharu, tiada kematian - KP Kesihatan


KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama)-- Malaysia melaporkan 16 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif terkini kes positif sebanyak 8,572 pesakit, manakala kematian kekal pada 121 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu merangkumi 13 penularan tempatan dan tiga kes import yang melibatkan dua warga Malaysia dan seorang pemastautin tetap.

"Bagi 13 kes penularan di dalam negara, sembilan melibatkan bukan warganegara manakala hanya empat kes adalah dalam kalangan warga Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata berikutan kes baharu tersebut, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini ialah 295 kes.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »