BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Buruh kontrak, pekerja pendawaian didakwa cederakan remaja



JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Seorang buruh kontrak dan seorang pekerja pendawaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang remaja lelaki, di Kulai bulan lepas.

Lee Lok Heng, 19, dan Saw Ching Sean, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Kedua-dua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa berumur 17 tahun itu dengan menggunakan parang panjang di hadapan sebuah restoran di Jalan Kelapa Sawit 2, Pekan Kelapa Sawit, Kulai, pada 1.50 malam, 13 Mei lepas.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Lee melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai manakala Saw di Balai Polis Ayer Bemban, Kulai, sekali setiap bulan. Sebutan semula kes ditetapkan 19 Julai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Goh Sze Han dan Yap Che Kai.
-- BERNAMA

Kredit Gambar Info Semasa Official
Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »