BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bungkusan ke Sarawak lambat, Pos Malaysia


KUCHING, 23 Jun: Pos Malaysia menjangkakan akan berlaku kelewatan penghantaran bungkusan kepada pelanggannya di Sarawak dan Sabah.

Ini kerana ketika ini Pos Malaysia sedang menghadapi peningkatan jumlah bungkusan yang mendadak terutamanya di Sarawak dan Sabah.

"Berikutan peningkatan tersebut, kami menjangkakan kelewatan penghantaran bungkusan ketika ini," menurut pengumuman Pos Malaysia di laman Facebooknya semalam.


Pihaknya sedang berusaha gigih untuk meningkatkan kapasiti untuk memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin bagi pelanggan di Sarawak dan Sabah.

"Kami juga menghadapi kekangan dari segi jumlah penerbangan yang terhad yang mungkin menyebabkan kekewatan yang tidak dijangka,"menurut pengumuman itu.

Pos Malaysia meminta maaf atas segala kesulitan yand dihadapi dan untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi mereka di AskPos di pos.com.my.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »