BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bot karam Belawai : Mangsa dijumpai

KUCHING - Mayat mangsa bot karam di Belawai ditemui pagi tadi di Sungai Bako,  Tanjung Jerijeh. 

Bomba dalam kenyataan kepada media berkata mayat ditemui terapung pada jam 8.30 pagi tadi. 

Selah di buat pengecaman oleh abang mangsa dan mengesahkan mangsa adalah Elfika bin Ahmad (mangsa kedua) 

Operasi SAR ditamatkan pada jam 10 pagi. 

Semalam, mayat Ibrahim Abang Rasidi,52, yang merupakan Pengerusi Nelayan Kawasan(PNK) Gerigat dijumpai dalam keadaan terapung berhampiran lokasi bot dilaporkan karam oleh penduduk kampung pada jam 8.05 pagi.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Robert Teh Geok Chuan berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching telah menerima laporan dari Zon Maritim Tanjung Manis pada jam 2.20 pagi tadi sebuah bot karam bersama dua orang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar ke laut bersama sekumpulan 11 bot lain. 

"Bertindak atas laporan ini Maritim Negeri Sarawak telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada  jam 2.45 pagi.

"Kejadian bot karam terbabit dilaporkan berlaku di kawasan perairan Muara Pantai Belawai,"katanya. 





Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »