BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tuai rumah jangan mudah terpengaruh spekulasi media sosial


PAKAN: Tuai Rumah serta penduduk setempat dinasihatkan jangan mudah terpengaruh oleh mereka yang tidak bertanggunjawab berhubung spekulasi politik di media sosial.

ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata, PRN12 Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi dan seluruh rakyat Sarawak, terutamanya ketua kaum, ketua masyarakat dan penduduk setempat harus terus menyokong kerajaan GPS dibawah kepimpinan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang telah terbukti selama ini menjaga kebajikan dan memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak.

"Dengan sokongan padu masyarakat di Pakan, kita yakin Pakan akan terus melangkah hadapan di bawah kerajaan GPS dan lebih banyak pembangunan boleh dicapai dengan menyokong kerajaan yang sedia ada," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Cek MRP kepada JKKK, Biro Wanita dan PIBG di DUN Pakan di Pejabat Daerah Pakan pada hari ini.

William juga menggesa rumah panjang menubuhkan Biro Wanita bagi memudahkan memudahkan lagi pentadbiran didalam komuniti rumah panjang tersebut.

Menurutnya, penubuhan Biro Wanita mampu meringankan tugas JKKK dalam pentadbiran rumah panjang.

"Kaum wanita, jika diberi peluang dan kepercayaan boleh membantu dalam pengurusan pentadbiran rumah panjang dan dalam masa yang nama menjadi pasukan sokongan kepada JKKK yang sedia ada," katanya 

Pada majlis tersebut, 45 JKKK dan Biro Wanita termasuk13 PIBG di DUN Pakan menerima sumbangan keseluruhan berjumlah RM800,000 geran MRP ADUN Pakan.

Mawan berkata, ketua kaum turut digesa untuk melibatkan JKKK dalam apa jua program kemasyarakatan supaya secara tidak langsung ianya akan meningkatkan lagi perpaduan dan kerjasama di kalangan komuniti masing-masing.

"Sebagai pemimpin pada peringkat komuniti, ketua kaum harus bekerja untuk rakyat atau komuniti mereka dan bukan hanya untuk wakil rakyat kawasan mereka," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau juga mengesa agar setiap JKKK bermesyuarat untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyelaras Ekonomi Rumah Panjang yang akan berfungsi bagi mencapai matlamat mengurangkan jurang status ekonomi penduduk setempat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »