BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bintulu bertukar status kuning, satu kes COVID-19 dicatatkan

KUCHING, 14 Jun (Bernama) -- Bintulu hari ini bertukar statusnya daripada kawasan hijau kepada kawasan kuning selepas mencatatkan satu kes positif baru COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata, kes positif yang dilaporkan itu melibatkan seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di Mukah.

“Kes ini dikesan melalui saringan pelajar IPTA dan IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) di Sarawak, seperti yang diarahkan oleh JPBN, di mana kes ini (pesakit) pernah menerima kunjungan saudara mara semasa perayaan Hari Raya yang lepas. 

“Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu sedang mengesan semua kontak rapat kepada kes ini. Punca jangkitan masih dalam siasatan buat masa ini,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut JPBN, jumlah daerah yang berstatus kuning setakat ini di Sarawak adalah sebanyak empat buah, dan daerah berstatus hijau pula sebanyak 36 buah.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »