BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bergaduh berebut tapak berniaga sayur

KUCHING: Angkara berebut tapak berniaga enam lelaki bergaduh di tapak berniaga sayur, Kota Sentosa,di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata,dalam kejadian jam 7.30 pagi ketika mangsa bersama adiknya sedang berniaga tiba-tiba datang tiga lelaki iaitu suspek yang turut menjual sayur di tempat yang sama.

"Suspek meminta mangsa supaya mengalihkan bakul sayurnya. 

"Ini adalah kerana suspek ingin menjual sayur di tempat bakul tersebut diletakkan,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,setelah berbincang mangsa
masih tidak mahu mengalihkan bakul kerana kawasan tersebut memang telah lama digunakannya untuk menjual sayur.

"Apabila mangsa tidak mahu mengalihkan bakul, menyebabkan suspek tidak berpuas hati dan telah bertindak menolaknya sehingga jatuh lalu berlaku pergaduhan.

"Semasa kejadian, suspek telah menumbuk serta memukul adik mangsa menggunakan bakul plastik,"ujarnya.

Katanya, ekoran kejadian itu mangsa mengalami kecederaan luka calar di bahagian muka, siku dan jari kaki di sebelah kanan, adik mangsa juga mengalami lukar calar di bahagian dada.

"Dalam kes ini, suspek juga  membuat laporan polis berkaitan kejadian ini.

"Hasil siasatan punca kejadian disebabkan mangsa tidak mahu memberi ruang kepada suspek untuk berniaga,"katanya.

Menurutnya lagi,sebelum kejadian, pihak suspek telah mengajak mangsa dan dua adiknya  berbincang pasal tapak perniagaan. 

"Semasa berbincang, adik mangsa  meninggikan suara, menyebabkan suspek menamparnya, adik mangsa bertindak mengambil besi dari lori dan berlaku pergelutan antara mereka,"jelasnya.

Katanya, ke semua yang terlibat dalam pergaduhan itu berusia antara 15 hingga 54 tahun ditangkap untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »