BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Berek kosong di Jalan Oya terbakar malam tadi

SIBU:Sebuah berek kosong di Kem Belia Kemuyang Jalan Oya,di sini, terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.38malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Merah dibantu BBP Sibu ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan  berek kosong jenis separuh kekal setingkat  telah terbakar 90 peratus. 

"Pasukan Bomba bertindak dengan menggunakan 1 aliran 300 kaki 2 nozel dan 1 aliran 200 kaki 1 nozel air dari tangki pam pili bomba bagi memadam kebakaran sehingga api padam sepenuhnya,"katanya di sini hari ini.

Katanya,punca kebakaran dan kerugian masih dlm siasatan. 

"Setelah keadaan terkawal dan selamat  operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 1.27 pagi,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »