BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Beli Syabu secara 'bank in' sebelum diedar sekitar Batu 7

KUCHING:Mengaku membeli dadah jenis Syabu secara 'bank-in' sebelum dijual kepada pembeli di sekitar Pekan Batu 7,di sini, dua tokan dadah ditangkap 

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata,dua lelaki berusia 26 dan 34 tahun berasal dari ampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Haji Baki diberkas jam 3 petang di dalam bilik sewa, Pasar Batu 7 hari ini.

"Kedua-dua mereka disyaki terlibat dengan kegiatan dadah dan pemeriksaan ke atas tubuh badan serta bilik tersebut telah menjumpai tiga plastik lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Syabu dengan berat kasar 6 gramdi atas lantai tempat kedua-dua suspek sedang duduk. 

"Tangkapan dan rampasan di bawa ke Pejabat BSJND Padawan untuk tindakan lanjut.

"Kedua-dua  suspek mengaku ada mengambil dadah Syabu kali terakhir pada hari ditangkap,"ujarnya.

Beliau berkata,suspek pertama telah mengaku membeli dadah Syabu  secara 'bank-in' dan akan dijual kepada pembeli di sekitar Pekan Batu 7 dan  mempunyai dua rekod lampau Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala suspek kedua mempunyai tiga rekod lampau ADB 1952. 

"Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan  untuk tindakan lanjut bagi menjalankan sisatan yang lebih terperinci,"tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) & 15(1)(a) ADB 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »