BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bekas CEO ditahan disyaki salahguna kuasa

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama)-- Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah yayasan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa ketika menganjurkan satu program kayuhan pada 2016.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 60-an yang juga bergelar 'Profesor' itu ditahan pada jam 10.30 pagi tadi di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini ketika hadir memberikan keterangan.

"Semasa suspek memegang jawatan CEO di yayasan tersebut, beliau telah melantik syarikat miliknya sebagai rakan strategik bagi menganjurkan sebuah program kayuhan di utara tanah air dengan kos berjumlah melebihi RM150,000," katanya kepada Bernama, hari ini.

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan suspek dibenarkan diikat jamin dengan seorang penjamin berjumlah RM10,000.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »