BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bayi selamat, wanita tersepit

MIRI: Seorang wanita tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Sungai Dalam, Jalan Miri-Bintulu, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.20 pagi.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi menggunakan jentera FRT dan EMRS.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dipercayai telah bertembung dari arah bertentangan,"katanya di sini hari ini.

Katanya, seorang penumpang wanita berumur dalam lingkungan 35 tahun telah tersepit di tempat duduk penumpang. 

"Manakala seorang bayi berumur lingkungan dua tahun dan dua orang lelaki dewasa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam,"katanya.

Katanya, mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Miri untuk menerima lawatan lanjut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »