BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bas Ekspress dibenarkan beroperasi

KUCHING, 3 Jun: Pengusaha perkhidmatan bas express di dalam negeri ini dibenarkan untuk menyambung semula operasi mereka dengan serta-merta selepas dihentikan akibat Covid-19 sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Lee Kim Shin mengumumkannya dengan perkhidmatan terbabit dibenarkan beroperasi semula antara daerah dan antara bahagian di negeri ini tetapi tidak merangkumi perkhidmatan itu bagi merentas sempadan antarabangsa.

"Ini seperti dari Sarawak ke Kalimantan Barat, dari Sarawak ke Brunei atau dari Sarawak ke Sabah atau sebaliknya,"katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Kim Shin berkata ini berikutan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam mesyuaratnya telah meluluskan penyambungan semula operasi perkhidmatan bas express terbabit dengan serta-merta hari ini.

"Keputusan terbabit dibuat berikutan keputusan yang mengalakkan hasil usaha kerajaan membendung penularan pandemic Covid-19 di Sarawak dan ketika ini semua bahagian telah dikategorikan samada zon hijau atau kuning,"katanya.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga memutuskan semua pengusaha bas express yang laluannya beroperasi antara daerah di negeri ini juga tidak perlu mendapatkan permit dari pihak polis.

"Tetapi orang yang mahu bergerak melintasi antara sempadan daerah perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari pihak polis,"katanya.

Selain itu, pengusaha bas express yang mahu menyambung operasi mereka antara daerah juga mesti terus mematuhi Prosedur Operasi Standard yang diwujudkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat bagi menyambung semua aktiviti perniagaan.

Antaranya mesti melakukan sanitasi terhadap bas express, pemandu bas mesti menjalani saringan kesihatan, mengaturkan tempat dalam bas supaya mematuhi penjarakkan sosial, menyediakan thermometer bagi memeriksa suhu badan penumpang dan menyediakan sanitizer tangan.

"Pemandu bas perlu memastikan penumpang memakai topeng muka sepanjang perjalanan dan pemandu bas memastikan semua penumpang mempunyai permit polis sebelum membenarkan mereka menaiki bas,"katanya.

Disamping itu itu di semua hentian berjadual disepanjang kawasan rehat yang ditetapkan, pemandu bas mesti mensanitasikan bas dengan aerosol sebelum membenarkan penumpang memasuki semula bas.

Kim Shin berkata pengusaha bas mesti memaklumkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak tentang tarikh mereka menyambung kembali beroperasi mengunakan borangnya.

Beliau juga mengumumkan yang jawatankuasa terbabit turut meluluskan penyambungan operasi perkhidmatan bas henti-henti antara bandar raya Kuching dengan Bau dan juga Kota Samarahan tetapi penumpang bergerak antara daerah terbabit perlu mendapatkan permit polis. 


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »