BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bas beroperasi 100%, pasar malam, pasar minggu dan kedai nombor ekor dibuka

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan bas ekspres, bas henti-henti boleh beroperasi dengan kapasiti 100 peratus mulai esok.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN berkata, garis panduan terperinci boleh didapati dari Kementerian Pengankutan Sarawak.

Menurutnya, bas dan van sekolah juga dibenarkan beroperasi 100 peratus tertakluk kepatuhan Garis Panduan yang telah dikeluarkan.

"Pembukaan ini sempena musim persekolahan akan bermula seperti mana yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan pada 24 Jun ini," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu katanya, Pasar Malam / Pasar Siang / Pasar Minggu dibenarkan beroperasi mulai 20 Jun ini.

Katanya, operator perjudian yang telah dilesenkan oleh Kementerian Kewangan dibenarkan beroperasi mulai Jumaat 19 Jun tertakluk kepada kepatuhan Garis Panduan yang telah ditetapkan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »